Assalamualaikum..
Salam ukhwah dan salam Mahabbah..
Alhamdulillah, nafsu kemalasan nak meng-updated blog ini dpt
ana lawan! ceh!
Ok kali ni, ana nak ceritakan satu event yang ana dah join
pada hari Ahad baru2 ni bertarikhkan 11/11/12 bersamaan 26 Zulhijjah 1433H..
Event apakah?
Oh lupa, actually event ni more to kempen.. Kempen Mari
Menutup Aurat, see disebabkan ramai lagi perempuan2 yang mengaku dirinya
beragama Islam yang masih belum menutup aurat nya dengan sempurna, maka
lahirlah kempen2 seperti ini..
Dan kempen ni dijalankan di Masjid As-Syakirin KLCC dan
sekitar kawasan KLCC.. actually yang dtg tu kena edarkan flyer tentang menutup
aurat ni la kan, disebabkan ana dan kawan2 ambil masa yang sangat lama pi
makan, kami tak sempat nak buat tugasan tersebut.. well even tak berpeluang
menjalankan dakwah secara direct kepada orang ramai, tapi kami masih dapat sedikit ilmu yang dikongsikan oleh
kak Dila Hadi.. satu pesanan yang paling2 ana ingat sampai ke sekarang,
“Roh yang baik akan bertemu dengan Roh yang baik juga
ditempat yang baik..”
Then ini dah lama ana tahu dari ibu ana, tapi ana dengar
lagi dari kak Dila ni, which is bila kita pi ke sesuatu tempat yang baik, then
jumpa someone yang kita rasa macam kenal sangat, macam pernah jumpa orang tu, tapi
tak ingat.. yang sebenar-benarnya, kita pernah menjadi jirannya dulu di alam
roh, cumanya kita dipisahkan di bumi Allah Ta’ala yang sangat luas ini.. Allahu
Akbar, cantik sungguh aturan Allah ni ya..
Lagi ilmu yang kak Dila kongsikan adalah, katanya dalam dunia
ni cuma ada dua golongan manusia sahaja. Which is golongan baik dengan golongan
yang jahat.. terpulang pada kita golongan mana yang kita nak jadi, sama ada
golongan baik yang sentiasa menuruti perintah Allah Ta’ala termasuklah menutup
aurat dengan sempurna, atau pun menjadi golongan jahat yang sentiasa melanggar
perintah Allah dan melakukan larangan Illahi.. kita punyai akal fikiran yang
cukup2 sempurna yang dikurniakan Allah untuk berfikir golongan mana kita
nak jadi..
Apa pun, fikir2kanlah segala apa yang kita ada ini hanyalah
PINJAMAN semata-mata dari Allah Subhannahu wa Ta’ala, so masakan kita taknak menuruti apa
yang disuruhnya? Apa kita tak takut dengan azab dariNya? Apa kita tak takut
segala nikmat yang diberi pinjamNya ini ditarik balik?
INGAT! Bila mana Allah menyata ‘Kunfayakun’ (jadi maka
jadilah), sekelip mata sahaja segalanya diambil semula. Sebab itulah, apa
sahaja yang diperintahkan Allah sama ada Solat, puasa, tutup aurat dan segala
yang wajib itu WAJIB kita turuti, jangan nak membangga diri bila berada di muka
bumi Allah ini..
sedikit gambar yang ana ambil dari orang2 kuat kempen ni..
kalau antum rasa dah kenal sangat dengan ana,
cuba cari ana yang mana satu ya.
haha
dan yang ini sebahagian kaum muslimin..
flyers yang ana dapat tu nanti ana akan scan dan post kan di entry yang baru ya.. insyaAllah
*alhamdulillah, dengan program2 macam ni, at least kita dapat menambahkan lagi kenalan2 yang baru.. next time, ada lagi program2 macam ni, insyaAllah ana akan pergi lagi.. seronok sangat bila bersama dengan orang baik2 ni..
bersama orang yang baik2, ditempat yang baik, hati ini akan sentiasa mendapat kedamaian dan ketenangan jiwa. insyaAllah
mirsya
No comments:
Post a Comment