Friday, November 9, 2012

Dr Sheikh Abdul Hamid Hamdawi


Assalamualaikum..
Salam ukhwah dan salam Mahabbah..

Syukur Alhamdulillah bilamana masih diberi pinjam akan nikmat oleh DIA yang Maha Esa lagi Maha Agung…

Seperti yang pernah ana janjikan dalam facebook ana sebelum ni, ana akan kongsikan sedikit ilmu yang ana perolehi hasil daripada pertemuan kami pelajar2 dibawah naungan Yayasan Sofa dengan seorang ulama’ pada hari Rabu bertarikh 7/11/2012 bersamaan 22 Zulhijjah 1433 yang didatangkan khas dari Mekah Mukaramah bernama Dr Sheikh Abdul Hamid Hamdawi yakni berketurunan para sahabat yang bernama Abdullah bin Zubair bin Awam, dimana Abdullah ini pernah menjadi ‘Amir’ di Kota Mekah suatu ketika dahulu. Manakala Zubair bin Awam ini pula adalah seorang pendokong Rasulullah saw kerana beliau orang pertama yang menghunus pedang memberi amaran kepada orang Arab Quraisy yang mengkhianati baginda Rasulullah saw..

Kenapa ada ‘Dr’ di awal nama ulama’ ini? Jangan tak tahu, ulama’ ini telah mempunyai 3 PhD iaitu :
  1. PhD pertama beliau dibuat di Umul Qural dalam bidang Fiqh
  2. PhD kedua beliau dihabiskan di Al Azhar dalam bidang Tafsir
  3.  PhD yang terakhir dihabiskan di New York dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran..

Kata Sheikh Fuad, dulu cita2 Sheikh Abdul Hamid ni nak jadi seorang doktor, tapi dibantah kuat oleh bapa beliau.. disebabkan beliau seorang anak yang dengar kata, hasratnya itu ditolak ketepi dan meneruskan pengajian dalam bidang agama.. Sheikh Abdul Hamid yang sebenarnya nak menuntut ilmu di Negara barat, so sebab itu beliau buat PhD yang ketiga di New York.. see, orang kalau dah suka belajar kan, sampai 3 PhD yang diperolehinya..MasyaAllah..

Oh, beliau juga salah seorang tenaga pengajar di Masjidil Haram yang berpegang pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ), telah menghafaz al Quran pada usia 7 tahun. hebat kan beliau, kagum sungguh ana.

then now, antara ilmu yang disampaikan beliau..
-Islam adalah satu kurniaan yang besar dari Allah swt dan kita wajib bersyukur akan nikmat ini dengan cara melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya..
-Allah swt telah mendatangkan Rasulullah saw bagi mengajak keseluruhan manusia agar keluar dari kegelapan bagi mentauhidkan Allah, mengesakanNya dan memberi pedoman pada sekelian manusia..
-Menyintai Rasulullah saw merupakan tunggak utama kita dalam mencari keimanan.
-Kita hanya akan mengetahui kedudukan dan martabat Rasulullah saw melalui sunnah baginda dan sirah baginda saw..
-kata Saidatina Aisyah ra yang bermaksud "Akhlak Nabi Muhammad saw adalah akhlak al Quran".. Allah, begitu mulianya peribadi Rasulullah saw..

Dr Sheikh Abdul Hamid telah membahaskan tentang tiga perkara..

1) Kelebihan Ilmu Pengetahuan
- Allah swt meninggikan darjat orang2 yang beriman dan orang2 yang berilmu. atas rasa kasihnya Allah swt, DIA telah mengurniakan ilmu pengetahuan pada orang2 yang beriman..
- Malaikat dan seluruh makhluk yang ada dimuka bumi ini akan memohon keampunan pada Allah swt untuk mereka yang menuntut ilmu pengetahuan apatah lagi bagi penuntut ilmu Syar'ie yakni ilmu al Quran, ilmu Hadith, ilmu agama dan sewaktu dengannya.. (syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah)
- Malaikat juga memuliakan penuntut ilmu dengan cara menghamparkan sayapnya bagi melindungi penuntut2 ilmu agama.
- Penting bagi penuntut ilmu membaca dan mengetahui sirah Nabi-Nabi terdahulu kerana didalamnya terdapat banyak ilmu yang boleh dijadikan pedoman hidup manusia apatah lagi dalam sirah junjungan Rasulullah saw..

2) Membesarkan/memuliakan para Ulama'
- Memuliakan para ulama' ini adalah perkara yang wajib bagi kita sebagai umat Islam ini kerana ulama' adalah orang yang dipilih Allah swt untuk menerangkan tentang agama Islam pada keseluruhan manusia.
- Ia juga kerana para ulama' ini adalah pewaris Nabi dan kedudukan mereka adalah selepas para sahabat. Ini bermaksud selepas kedudukan Rasulullah saw adalah para sahabat, dan selepas itu adalah para Ulama'.
- "Tiada satu zaman pun yang tiada orang alim bagi membawa manusia mengenali Allah swt"
- Sesiapa yang dipilih Allah untuk kebaikan, maka mereka akan diberikan kefahaman bagi memahami agama Islam..

3) Dakwah
- Sebenarnya dakwah ni wajib bagi umat Islam. Dakwah yang paling minima bagi orang2 Muslim adalah bila mana kita menegah lisan dan tangannya daripada menyakiti orang Mukmin yang lain.
- Dakwah ini dipegang mengikut kemampuan kita sendiri. Sebagai contoh orang yang berilmu dakwahnya dengan ilmu yang dimiliki, orang yang berharta dakwahnya pula adalah dengan harta nya..
- Dalam al Quran sendiri, Allah swt telah menceritakan tentang bagaimana para Anbiya' menjalankan dakwah mereka, tentang halangan2 dan kesusahan mereka dalam menjalankan dakwah kepada umat masing2.. Halangan2 dan kesusahan2 ini sebenarnya adalah cara Allah swt menambahkan lagi kekuatan pada para Rasul apatah lagi pada Rasulullah saw.. (sebab itu lah kita digalakkan baca al Quran setiap hari paling2 minima satu muka surat pun jadilah, ini supaya hati kita sentiasa diterangi dengan ayat2 dari Allah swt).

Menjaga hubungan dengan Allah swt, niat yang ikhlas, punyai adab, menghormati ulama', menghormati kitab2, menghormati ilmu, menghormati guru akan memudahkan kita mendapat kefahaman dalam menuntut ilmu pengetahuan dari Allah Ta'ala..

Allah, ana rasa macam kurang sangat ilmu yang ana dapat ni, padahal ilmu yang diberikan oleh ulama' itu sangat banyak.. banyak sehingga ana yang memiliki tahap ingatan yang 'kureng' ni sukar nak ingat semuanya.
Maaf ya kalau apa yang ana kongsikan ini biasa2 je bagi antum semua..
Ana masih sedang berusaha mencari dan terusan mencari ilmu Allah ini.. 
Doa2kan ana ya sahabat. insyaAllah. Allahumma Ameen..

*oh ya, isteri ulama' ini sebenarnya orang Malaysia. orang Kajang. Allah bertuah sungguh si gadis itu bersuamikan seorang ulama' Mekah.. Isterinya itu mestilah bukan calang2 orang kan, pasti selalu berhubung dengan Allah di setiap malam, pastinya seorang yang berilmu.. 
cemburu sungguh bila ana dapat tahu tentang hal ini..
benarlah apa yang dikatakan Allah swt dalam al Quran, "Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik...." (Surah An-Nur ayat 26)..



mirsya

No comments:

Post a Comment