Sunday, June 10, 2012

Minggu Haluan Mahasiswa

Assalamualaikum dan salam ukhwah

sebagaimana yang kalian tahu, 4Jun2012 baru2 saya telah selamat mendaftar sebagai pelajar Kolej Islam As-Sofa(KIS). alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan selamat. juga ingin saya panjatnya rasa bersyukurnya kerana minggu orientasi atau Minggu Haluan Mahasiswa telah selamat dijalani..

sepanjang berada di  KIS, saya telah mempelajari apa itu Madeh, Qasidah, Hisib dan banyak lagi. setiap kali selesai solat Subuh dan Maghrib berjemaah, kami akan membacakan hisib(wirid) bersama2. sayu je rasanya. kami juga akan berqasidah sebelum mulanya Kuliah Maghrib or Kuliah Isyak. solat berjemaah dapat dirasai kemanisannya bila kita bersama2 berwirid dan berqasidah. seronok sangat.
kami juga banyak ditekankan tentang adab. kami ustaz, pandai mana pun kita, tapi kalau tiada adab dalam diri, jangan harap akan berjaya dunia akhirat. ustaz juga selalu pesan, 'Ilmu itu milik Allah, dia berhak nak beri kita cepat or lambat memahami sesuatu ilmu itu' dan juga ustaz2 kami ada cakap, 'Jangan Terburu2 dalam Menuntut Ilmu, kerana Sifat Terburu2 akan menyebabkan terciptanya jurang antara seseotang guru dengan muridnya'

post kita kali ni, saya nak sharekan dengan anda apakah yang dilakukan kami sepanjang seminggu dalam Minggu Haluan Mahasiswa ini.. dalam seminggu ni pelbagai ilmu yang dapat digapai. saya akan sharekan mana yang perlu sajalah ye.

4June2012
pagi2 lagi da selesai mendaftar, dengar sikit taklimat, letak barangan di asrama. start pukul 2 petang semua pelajar baru diwajibkan berkumpul dalam dewan. diberikan sedikit taklimat oleh Sheikh Fuad Kamaluddin Al Maliki kami. then solat asar kami berjemaah, after that ustaz suruh bersiap2 untuk dibawa ke Masjid Taman TAR bagi menunaikan solat sunat Gerhana Bulan. Allahu Akbar, selama 20 tahun, hari tu baru first time saya menunaikan solat sunat gerhana. terima kasih Allah, kau masih memberi aku merasai dan peluang bagi menunaikan solat sunat gerhana ini. lepas solat sunat gerhana, Sheikh kami beri khutbah. Allahu Akbar, menitis air mata ini tika khutbah, Sheikh menceritakan bagaimana takutnya Rasulullah saw semasa kejadian gerhana bulan/matahari yang tidak seperti manusia sekarang yang mana berlumba2 menyaksikan kejadian gerhana ini.

kata Sheikh,
-kejadian gerhana amat ditakuti/digeruni oleh mereka yang patuh akan kekuasaan Allah
-gerhana merupakan bukti keagungan dan kekuasaan Allah yang bisa mengubah apa juga yang ada dialam semesta ini
-peristiwa gerhana ini Allah nak membuka mata si penyembah matahari/bulan bahawasanya tiada yang lebih berkuasa dan tiada yang lebih layak disembah melainkan Allah,
-orang yang benar2 jauh dari Allah adalah orang yang berasa gembira dan berpesta ketika kejadian gerhana berlaku manakala org2 yang beriman adalah mereka yang berasa takut dengan kejadian gerhana dan akan melakukan solat sunat gerhana.
-Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 'Gerhana bagaikan berlakunya Kiamat'.
-sebelum berlakunya kiamat, pasti berlakunya gerhana dan dihilangkan semua cahaya dari matahari dan bulan kerana kiamat akan berlaku ketika keadaan alam menjadi gelap gelita melainkan Allah akan bagi cahaya pada hambaNya yang bertaqwa
-Nabi Muhammad saw tak akan terasa terdetik pun untuk menyaksikan bagaimana berlakunya gerhana tersebut tetapi baginda akan mengajak para sahabat dan umat Islam manunaikan solat sunat gerhana.
-pernah diriwayatkan, bila berlakunya gerhana, Rasulullah akan mencapai selendang yang biasa diletakkan dibahunya dan selendang tersebut akan diheret baginda semasa melangkah masuk ke Masjid Nabawi dan baginda akan menyishtiharkan solat sunat gerhana.

ini antara yang sempat saya catitkan ketika Sheikh memberikhutbahnya. sebenarnya banyak lagi, tapi kita hanya sharekan mana yang penting sahaja ye. sebaik sahaja selesai khutbah gerhana, Sheikh memberi kuliah tentang Isra' mi'raj. sangat banyak ilmu yang da terima. Alhamdulillah.

5June2012
kami banyak diterangkan tentang peraturan2 kolej, peraturan2 asrama, dan banyak lagi. aktiviti2 juga banyak dilakukan.

6June2012
pada tarikh ini, lepas solat Zohor berjemaah, Ustaz Naim memberi kami satu tugasan dalam Slot Aktiviti 4. setiap kumpulan haruslah melakukan apa juga jenis pekerjaan yang boleh dilakukan sekitar Kolej, Asrama, Pejabat dan Koperasi Kolej Islam As-Sofa juga di DaQwah. tak kisah lah kerja apa pun, janji kami boleh mengumpul duit sebanyak yang mungkin kerana duit tersebut akan digunakan dalam Slot Aktiviti 6 pada keesokan harinya. alhamdulillah, kumpulan saya berjaya mengumpulkan sebanyak RM26.

7June2012
sebaik selesai saja solat Zohor berjemaah, kami berkumpul seperti biasa. Ustaz Naim membahagikan duit yang berjaya tiap kumpulan kumpulkan. ustaz juga telah menambahkan RM5 bagi setiap kumpulan, maka dengan itu kumpulan saya mendapat RM31. selesai balik ke dorm masing2, kemaskan dorm dan bawa pakaian untuk bermalam diluar selama 1 malam sahaja. time ni kami da tertanya2 sesama sendiri. tepat jam 3petang kami berkumpul semula didewan dan ustaz meminta kami membalut handphone dan wallet masing2 dalam kertas yang diberi dan letakkan handphone dan wallet yang sudah dibalut itu kedalam sebuah kotak yang disediakan. da selesai semuanya, kami naik bas yang telah disediakan. dalam perjalanan ke Hulu Langat, kami singgah di Carefour bagi membeli barangan makanan menggunakan duit yang telah diberikan pada setiap kumpulan. alhamdulillah, group saya berjaya membeli ikan kembung 4ekor, sekampit beras, beberapa ubi kentang, dan 10 biji telur ayam.
around 5 petang kami selamat sampai dtapak kem Hulu Langat, selesai solat asar, kami diminta memasak makan malam menggunakan barang yang telah dibeli dengan menggunakan unggun api. wah, pengalaman yang sangat seronok. selesai makan, kami Maghrib dan Isyak berjemaah. kami juga berqasidah sebelum ustaz Amirul memulakan ceramah beliau.

8June2012
macam biasa, kami Subuh berjemaah. membersihkan diri dan buat breakfast bersama2. lepas makan pagi, kami dibenarkan mandi sungai. wah, kem yang sangat santai. kata Ustaz Naim, kem ni bertujuan merehatkan minda kami dengan suasana hutan yang nyaman. Allahu Akbar, terima kasih ustaz. around 5petang kami selamat kembali di KIS. bila da balik KIS, aktiviti macam biasa la yang dilakukan.

9June2012
kami dibenarkan pulang kerumah masing2 selepas jam 5 petang, dan separuh dari dorm saya telah pulang ke rumah mereka termasuklah diri saya sendiri..


dan ini lah cerita saya selama seminggu berada di KIS.


mereka antara sahabat2 seperjuangan saya.

dulu, persepsi saya terhadap mereka yang bertudung labuh sangat kolot. tetapi bila saya sendiri telah bercampur gaul dengan mereka bertudung labuh, Allahu Akbar selesanya saya dengan mereka. kami tidak menjadi perhatian mata2 liar. kami lebih selamat denga labuhnya tudung yang kami pakai, dengan baju yang longgar. alhamdulillah, syukur.


misrya



4 comments:

  1. rindu shira... :')
    semoge berjaye di sane..

    ReplyDelete
  2. selamat menjadi budak KIS dan berjaya di sana..walaupun ta pernah kenal secara tran tang tang..tp tetiba rasa sebak rindu pulak .sobbs.

    ReplyDelete
  3. dah abes ye kt UITM? further KIS plak eh ? wish u luck sis .. :) sejuk mata memandang kamu sekarang . gudluck syira! :)

    ReplyDelete
  4. abg acap : syira tak habis pon kat uitm.syira quit mcm tu je.kat KIS syira buat diploma semula..hehe..insyaAllah amek Syariah =)

    ReplyDelete