Saturday, November 3, 2012

Ampang ke Setiawangsa

Assalamualaikum..
salam sejahtera dan salam ukhwah..

Allah Allah Allah.. Syukur alhamdulillah akhirnya setelah berkurun lamanya ana tak menaip atau dalam kata yang lain meng-updated blog kesayangan ini... Allah, sayangnya blog ni dah berbulan-bulan tak dipostkan dengan cerita2 yang baru.. sedih sangat..

well, dimalam yang sangat sejuk tatkala baru je hujan membasahi bumi Allah ini, ana nak kongsikan satu cerita dimana ana tak anggap ini sebagai satu kebetulan akan tetapi ia adalah suatu takdir yang telah Allah tetap kan.. ingat sahabat, dalam Islam takkan pernah ada perkataan 'kebetulan' kerana segala yang telah berlaku adalah satu suratan takdir yang telah Allah tetap kan.. Allah, terima kasih pada yang memberi ilmu ini pada ana, moga Allah merahmati anda =)

apa cerita yang beria sangat ni? 
ok semalam seperti yang sudah dirancang, ana dengan Zahidah bergerak dari Ampang ke Setiawangsa bagi menghadiri Maulid Bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa.. Actually dah lama sangat2 niat hati ni nak menyertai program di masjid Muaz  bersama dengan Habib Ali Zaenal Abidin ni.. alhamdulillah semalam Allah memakbulkan hajatku yang satu ini..
So ana dan Zahidah dari LRT Ampang terus ke Masjid Jamek tukar LRT bagi menuju ke station LRT Setiawangsa.. dah sampai Setiawangsa hujan turun dengan lebat selebat lebatnya.. Allah, ujian bagi kami..
kami decided dari LRT ke masjid naik teksi. 

ok ini lah takdir Allah yang ana cakap kan awal2 post tadi, dimana driver teksi ni merupakan ikhwan Sheikh kami, dah sembang2, pakcik tu tanya ana tinggal dimana.. bila katakan ana menetap di Bukit Sentosa ditanya pula taman perumahan ana, dan rupa2nya pakcik tu juga merupakan adik kepada cikgu Sharifah, guru kelas ana masa form4.. see, takdir Allah kan.. memang bebetul kecik sangat dunia ni ya. cantik sungguh takdir Allah..

oh ya, mana2 yang duduk area KL ni, jom tiap hari Jumaat malam Sabtu kita ke Masjid Muaz bin Jabal bagi menghadiri majlis ilmu bersama pendakwah yang sangat tinggi ilmunya iatiut Habib Ali Zaenal Abidin..
Sangat besar pahalanya bila kita menyertai majlis ilmu..

ni apa yang ana copy di status sahabat kolej ana dan dia juga merupakan anak murid Habib yang sangat setia.. pesanan yang disampaikan Habib kepadanya 

*Habib pesan sebelum pulang tadi..

"Jangan leka dengan dunia lama-lama, hadir majlis ilmu(DM). Tak dapat 4 kali sebulan datang 3 kali..tak dapat juga
..datang 2 bulan sekali,
tak dapat juga datang sekali sebulan pun tak apa.
Jangan tak datang.
Risau nikmat menuntut ilmu diambil kembali oleh Allah swt dan tidak diberikan kembali.."..
 
insyaAllah =)
 
 
 
mirsya 

No comments:

Post a Comment