Sunday, June 3, 2012

Aurat !

Assalamualaikum semua =)

tengok saja pada tajuk entry kali ni, da tahu kan tentang apakah post saya kali ini? well sana sini saya tengok orang bercakap tentang aurat seorang wanita MUSLIMAH, antaranya kesayangan2 saya Pika Japri dan Irna Hanis.. yes, perkataan MUSLIMAH ni sengaja saya perbesarkan kerana hanya wanita Islam saja yang layak dipanggil MUSLIMAH. 

sebelum tu, apakah yang kita paham tentang aurat? oh aurat? adakah kita akan jawab dengan jawapan yang macam ni 'aurat is kita kena pakai tudung, tutup kepala, jangan nampak rambut, yes itulah aurat perempuan Islam'..
ok, kalau ini jawapan yang akan diberi, saya ingin pula menanya, bagaimana pula dengan lengan tangan yang terdedah? kaki tanpa stokin? baju2 yang melekat dibadan sehingga menampakkan bonjolan2 yang tidak sepatutnya? make up yang tebal2? perfume2 yang kalian pakai? and banyak lagi lah.

bukan kah dalam Al Quran, ALLAH sendiri telah PERINTAHKAN kita wanita MUSLIMAH seharusnya menutupi aurat kita dari dilihat oleh lelaki2 ajnabi?
antaranya :

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” 
[Al Ahzab:59]. 

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” 
[An Nur:31].

dan Nabi Muhammad saw kita sendiri pernah bersabda kepada Asma' binti Abu Bakar yang bermaksud
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud] 


kenapa perintah PENCIPTA kita sendiri hendak diingkari? 
ye, saya mengaku saya sendiri pun dulu tidaklah menutupi aurat saya dengan sempurna, saya lebih gemar memakai pakaian yang mungkin mengikut bentuk badan, tudung yang singkat. ini kerana dulu bagi saya 'oh tutup aurat, sudah memandai dengan menutupi kulit2 dari dilihat oleh lelaki bukan mahramku'..
nampak kan, betapa singkatnya pemikiran saya pada waktu dulu..

kita sering mendengar alasan perempuan2 Islam kenapa mereka taknak menutup aurat. 
Antaranya yang paling famous kita dengar "ala nanti2 lah, belum sampai seru lagi, lagi pon kita kan still muda"..
mengucap panjang bila mendengar alasan sebegini kan..
senang macam ni je la kan, kematian tak mengira usia sayang. bila2 je Malaikat Maut boleh cabut roh kita dari jasad. 
habis tu, kalau seru tak sampai lagi, tapi kematian da sampai dulu pada kita, macam mana pula tu kan? tak takut ke AZAB ALLAH di neraka kelak? dimana perempuan2 yang tidak menutup auratnya akan ditarik2 rambut sehingga tercabut dari kepala.. nauzubillah min zalik!
dan oh yeah! seru tak sampai lagi? bukan kah dalam Al Quran dan hadis Nabi telah MENYERU kita sebagai wanita Islam WAJIB menutup aurat? kenapa still cakap seru tak sampai lagi ye? pelik kan..

maaf, entry ni bukanlah nak menunjukkan yang saya ni da cukup baik.. cuma terkadang mata dan hati ni terlalu sakit bila melihat perempuan2 Islam memakai tudung tapi baju, seluar ketat. tersangat ketat. ada pula tu yang memakai baju lengan pendek. 

tolonglah wahai saudara2ku, jangan sampai satu hari nanti orang2 kafir menganggap perempuan2 yang memakai tudung setaraf dengan mereka2 yang sering mendedahkan aurat.
tolonglah wahai saudara2ku, jangan sampai satu hari nanti Islam dipandang sebagai agama yang setaraf dengan agama2 lain.
tolonglah wahai saudara2ku, ingatlah macam mana wanita Muslim dipandang mulia pada suatu ketika dahulu.
tolonglah wahai saudara2ku, ingatlah bagaimana sukarnya perjuangan Rasul2 kita bagi menjadikan Islam sebagai agama yang disegani.

*saya bukanlah nak menjadi ustazah, juga bukanlah orang yang cukup sempurna ibadahnya, cuma saya ingin melihat satu hari nanti, dunia kita dipenuhi oleh wanita Muslim yang cukup sempurna menutup auratnya. ingat, seindah2 hiasan adalah wanita SOLEHAH.. sama2 kita mencari keberkatan dan redha Illahi*


p/s : sila tegur saya andai post saya kali ini mempunyai kesalahan. insyaALLAH dengan teguran anda, kita sama2 boleh menambah ilmu

mirsya

No comments:

Post a Comment