Saturday, November 24, 2012

Solat Sunat Istikharah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan bagi meng-updated blog yang suam2 kuku ni..
Allah, malu den! hehe..


Seperti yang kalian lihat pada tajuk entry ana ni berkaitan dengan Istikharah..
baru2 ni ana ada buat status di facebook berkenaan Solat Sunat Istikharah..
alhamdulillah ana terima satu IM dari junior ana masa di UiTM dulu..

Ditanya ana apakah Istikharah ni perlu dibuat tiap malam atau pun bila penting saja, sebab katanya dulu dia ada buat tiap malam..
Allah, ana yang serba jahil ni tak tahu nak jawab apa..
Alhamdulillah dengan sedikit ilmu yang ana ada, berdasarkan dari pengalaman, perkongsian sahabat2 di dorm, ana dapat jawab.. Syukur alhamdulillah.

Dari apa yang ana paham tentang istikharah ni, kita boleh je buat tiap malam atau pun jika kita punya pilihan yang kita sendiri tak tahu nak decided any decision, so mintalah petunjuk dan pertolongan dari Allah Yang Maha Bijaksana dengan cara mendirikan solat sunat Istikharah..
kata orang, buat lah istikharah tiga berturut-turut.. tapi bagi ana, selagi kita tak dapat petunjuk atau kita tak yakin dengan mimpi2 atau gerak hati kita, teruskan buat istikharah tiap malam secara istiqamah sehinggalah kita yakin petunjuk yang kita dapat sama ada dengan cara bermimpi, gerak hati dan sebagai nya tu datangnya dari Allah Ta'ala..

Dan kata salah seorang sahabat kolej ana, petunjuk dari Istikharah ni bukan terhad pada mimpi semata2 je tau.. sebenarnya, banyak cara yang Allah beri jawapan dari istikharah ni..
Sebagai contohnya la kan, kita buat istikharah berkaitan dengan cinta. kata sahabat ana tu, lepas kita dah buat istikharah, minta petunjuk dari Allah, then bila kita tgk pasangan kita tu hati jadi tenang, sejuk, rasa excited, so itu tandanya dialah pilihan yang terbaik yang Allah berikan..
TAPI!
kalau kita dah buat istikharah, then kita tengok pasangan kita tu, hati rasa tak tenang, rasa sempit dada, itu maknanya dia bukanlah pilihan yang terbaik untuk kita..

Actually Solat Sunat Istikharah ni tidak terhad sahaja untuk perkara2 yang berkaitan dengan jodoh sahaja tau..
banyak benda yang kita boleh Istikharahkan..
Sebagai contoh,
Masa ana nak buat keputusan untuk quit UiTM dan daftar di Kolej Islam As Sofa ni, sebenarnya adalah berkat pertolongan Allah dari istikharah yang ana lakukan. Syukur alhamdulillah..

Apa pun, lepas dah istikharah, kita kena yakin pada Allah Ta'ala dengan sebenar-benarnya keyakinan itu..
Macam kata ustaz ana, kita ni sebenarnya, tahu Allah itu wujud, cumanya kita tiada keyakinan pada DIA.. sebab itulah kebanyakkan doa2 kita sukar nak dimakbulkan..
Tapi benar jugalah apa yang diperkatakan ustaz ana, berdoa, memohon dan pintalah pada DIA dengan keyakinan yang utuh, In Shaa Allah doa mu itu mudah dimakbulkan Illahi..

Wallahu'alam..

p/s : perbetulkan ana jika entry ana ini ada yang menyimpang dari fakta sebenar Islam.. ana sedia menerima teguran, ana masih baru dalam mengenali Islam.. syukran =)




mirsya

1 comment:

  1. Assalamualikum, kak. Saya nak tanya lepas akak buat Solat Sunat Istikharah untuk buat keputusan quit universiti , akak dapat kepastian daripada mimpi atau gerak hati ?

    ReplyDelete