Saturday, November 24, 2012

Kolej Islam As Sofa part II

Assalamualaikum dan selamat berpuasa bersempena Hari Asyura(10 Muharram 1434H)..
*NEW UPDATED ON 17/5/32013 KIS III

Alhamdulillah pagi ini Allah Ta'ala menurunkan hujan rahmatNya ke bumi ini..
Allah, sejuk sungguh pagi ini ya..
Terima kasih Allah..

Apa yang ana maksudkan dengan Kolej Islam As Sofa II yang ana letakkan di tajuk entry kita pagi ini?
Setiap kali ana buka je dashboard blog ana ini, pastinya ana akan lihat stats blog ana ini.. oh apakah itu? tak paham? lihat dibawah ya..
*lihat pada kotak merah
ok baru paham?
ok ucapkan Alhamdulillah..

So, bila ana click je  perkataan tu, ana akan lihat post yang manakah yang sering menjadi tumpuan ramai.. dan alhamdulillah ini apa yang ana dapat..
*juga fokuskan penglihatan anda pada kotak merah..

Alhamdulillah ia adalah entry ana yang berkaitan dengan Kolej Islam As Sofa (KIS).. maaf jika kalian tidak dapat apa2 informasi mengenai Kolej Islam As Sofa diblog ana yang serba tiada apa2 ini..

TAPI!

Atas dasar itu lah, ana terasa bertanggungjawab nak menceritakan bagaimana ana boleh nak daftar masuk menjadi pelajar kolej ini dan keistimewaan Kolej Islam As Sofa..

Macam mana ana boleh terpikat nak mendaftar menjadi pelajar KIS sedangkan masa itu ana masih lagi seorang Mahasiswi di UiTM Seri Iskandar, Perak? Ya, masa ana mengambil keputusan nak stop UiTM, ana sedang dalam mood cuti sem setelah menamatkan semesta 4 bermakna ana hanya tinggal lagi 2 semesta sahaja..

Ana ingat lagi, pagi Sabtu ana sedang breakfast dengan ibu masa tu juga ibu dok ceritakan tentang kolej yang berada dibawah naungan Yayasan Sofa dan ibu juga menunjukkan ana satu video yang ana kira amat sangat memikat hati ana.. memikat yang bagaimana? ana lihat dalam video tu ikatan ukhwah mereka sangat rapat, ana rasa seolah-olah roh ana sedang berada bersama mereka. Allahu Akbar, moga kau berkati  mereka2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang pembikinan video itu.. Allahumma Ameen..

Lepas habis je tengok video tu,  
ana
ibu
"kalo angah tak masuk UiTM, mesti angah dah masuk sini kan ibu", 
"itulah, ibu pun kalau boleh nak anak2 ibu belajar agama, tapi tu lah, takpe lah"
"kalau angah nak stop UiTM, pastu masuk kolej ni boleh tak ibu? angah ingat nak belajar agama pulak lah ibu" 
"ibu ok je, angah je la, tak rasa rugi ke lagi setahun je nak habis pengajian kat UiTM tu"
"tak, angah tak rasa rugi langsung. boleh ya ibu" (dengan penuh confident) 
"apa pun, istikharah dulu ya sayang"

Lepas istikharah, alhamdulillah gerak hati ana lebih kepada Kolej Islam As Sofa.. Allah Allah Allah. betapa kasihNya kau pada setiap hamba2Mu..
Dan selepas berbincang dengan ayah, ibu suruh ana daftar online sendiri.. lepas seminggu dua, alhamdulillah ana diterima dan surat tawaran dari KIS sampai ke rumah..

Bermulanya dari sini, agak banyak juga tentangan-tentangan kecil yang ana terima dari abang ana, ayah kandungan ana, saudara mara ana, juga sebahagian dari sahabat2 ana.. syukur ana mempunyai ibu kandung dan ayah tiri yang sentiasa menyokong ana yang inginkan mendalami ilmu agama..
Tentangan yang macam mana?
"tak rugi ke nak stop UiTM, kan lagi setahun je?"
"Belajar agama ni, nanti kua nak kerja apa?"

Soalan yang pertama, ana still tak kisah lagi, sebab memanglah rugi, tapi ana sendiri yang buat keputusan, then apa yang perlunya ana nak pedulikan..
Soalan yang kedua, ini yang buat ana agak panas hati.. sebab apa? bukankah rezeki itu DATANGNYA dari ALLAH? then apa yang perlu kau kisahkan apa pekerjaan lepas aku dapat diploma dalam bidang agama?? Allah, soalan ini sangat menyakitkan hati. WALLAHI! kalian yang bertanya pada ana soalan 'cerdik' macam ni, seolah-olah kita tidak yakin dengan kuasa dan besarnya Allah itu.. 

Benarlah kata ustaz ana di kolej semalam, manusia ni tahu Allah itu wujud, cumanya kita ni tak yakin dengan Allah, kerana apa? kerana dalam hati kita meletakkan kecintaan pada duniawi semata-mata..
Allahu Robbi, kau jauhkanlah kami dari sifat tidak yakin pada kuasa MU, ya Allah. Allahumma Ameen..


Jika nak ana listkan apa keistimewaan Kolej Islam As Sofa ni, Allahu Robbi, banyaknya sangat tidak mampu untuk ana listkan buat antum semua. sangat banyak! dan seronok bilamana antum bersama2 menjadi sebahagian dari keluarga yang mengutamakan ukhwah ini.. syukur Alhamdulillah =)

Kolej Islam As Sofa ini di asaskan oleh seorang ulama' Malaysia yang sangat terkenal di Mekkah Mukaramah, iaitu Dato' Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin As Sanusi
Ingin ana kongsikan satu cerita yang telah diceritakan sendiri ibu pada ana mengenai arwah seorang pensyarah UPSI yang mana ketika arwah tersebut sedang mengerjakan umrah di Mekah pada tahun 2006, arwah bertanyakan seseorang di Mekkah dengan siapakah yang boleh arwah belajar dan mendalami ilmu agama Islam ini sebetul-betulnya sebaik sahaja arwah pulang ke Malaysia.. dan orang tersebut hanya menyatakan nama Sheikh Muhammad Fuad..

See, ulama' ini lah (Sheikh Fuad) yang telah membawa ana mengenali dengan lebih mendalam siapa itu Allah, siapa itu Nabi Muhammad saw dan beliau juga sering membawakan kami pelajar dibawah naungan Yayasan Sofa bertemu dengan para ulama' diseluruh dunia setiap bulan. Alhamdulillah, sering juga para ulama' yang bertemu dengan kami mendoakan kesejahteraan kami pelajar2 Yayasan Sofa. moga-moga kami sentiasa mendapat barakah dari Allah Ta'ala..

KIS juga sering mengadakan solat berjemaah pada waktu maghrib dan isyak SETIAP hari (banyaknya fadhilat-fadhilat solat berjemaah ni). Laungan qasidah juga madeh sering didendangkan. Ini memjadikan kami sentiasa memuji Allah dan juga junjungan Rasulullah saw..
Ustaz Bahasa Arab kami diimportkan khas dari Mesir..
Tenaga pengajar seperti ustaz2 dan ustazah2 sangat sporting, mereka diibaratkan seperti abang dan kakak kita sendiri dimana kita boleh berkongsi pelbagai cerita dengan mereka..
Oh ya, sebelum terlupa antum buat diploma di KIS hanya selama 2 tahun dan jika diizinkan Allah antum boleh sambung degree sama ada di Jordan atau Morocco selama setahun. sekejap je kan? takkan ada di institusi2 lain melainkan hanya di KOLEJ ISLAM AS SOFA sahaja =)

Allahu Akbar, rasanya tak terlarat lagi ana nak meneruskan taip menaip ni, jari jemari ana dah letih..

Jika antum nak tahu apa lagi kelebihan KIS, bila ada iklan pendaftaran, berebut-rebutlah untuk mendaftar ya..

moga apa yang ingin diperjuangkan Sheikh kami dalam menegakkan lagi Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) ini sentiasa mendapat pertolongan dari Yang Maha Esa.. Allahumma Ameen..


mirsya

7 comments:

  1. hapy bloging,team hijrah :)

    http://www.cinonexcoreyan.com/

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Sy nk try daftar.. tapi sy xmampu sgt dari segi kewangan. Macam mana ya? Dan saya xda asas arab dan nak tulis jawi xberapa lancar la.

    ReplyDelete
  3. Wslm....pinjaman ptptn dan MARA disediakan bg yang layak..dan jgn risau,ramai dari pelajar kami juga tiada asas bahasa Arab...ust yang mengajar bahasa arab akan ajar kita dari A-Z..inshaaAllah :)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum ya ukhti, saya nak bertanya, macamana nak berhenti dari UiTM? Saya baru tamat semester satu dan sedang cuti semester sekarang, saya berhajat nak melanjutkan pelajaran ke KIS. boleh kongsi sedikit apa yang dilakukan ?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.. saya sudah dapat tawaran KIS ke diploma perbankan islam.. selepas diploma?? boleh ke lepasan KIS masuk ke IPTA?? kemudian?? adakah peluang untuk ke Jordan luas bagi pelajar KIS? terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam ukhwah. Saya pelajar asasi uitm law baru nak masuk second sem. Layakkah kalau saya nak sambung degree dalam syariah di KIS? Sebab saya kurang minat dgn undang2 sivil yg saya belajar skrg tapi lebih berminat dgn undang2 syariah. Adakah saya perlu ambik diploma syariah di KIS untuk sambung degree in syariah? Pendapat awak institut mana yg terbaik untuk degree syariah? Terima kasih banyak2. :)

    ReplyDelete
  7. hmmm..dh hampir setahun. harap tuan pnya blog dpt m'jwb soalan2. Kesian mereka2 yg t'tarik dgn cerita tuan pnya blog tp di biar kn mati t'gantung. w'salam.

    ReplyDelete