Tuesday, April 10, 2012

Duhai Bakal Imamku



Duhai Bakal Imamku,
bimbinglah daku dalam mencari redha Illahi,
janganlah dikau membimbing aku ke arah kemaksiatan,
bimbinglah aku menjadi muslimah yang solehah,
bukan menjadikan aku wanita yang sentiasa dimurkai Illahi.

Duhai Bakal Imamku,
cintailah aku seadanya aku,
terimalah segala kekurangan dan kelemahanku dengan seikhlas hatimu,
bimbinglah aku agar menjadi zaujah yang kau idam2kan,
janganlah kau sentiasa mengkritik segala kelemahan dan kekuranganku,
kata-katamu itu boleh menguris hati kecilku ini.

Duhai Bakal Imamku,
terimalah aku hanya kerana Allah,
kerana cintanya kau pada Illahi,
janganlah kau menerimaku hanya kerana nafsu semata-mata,
kerana ia adalah sementara.

Duhai Bakal Imamku,
bawalah aku kerumah Allah,
jangan kau bawaku ke rumah yang penuh dengan kemaksiatan,

Duhai Bakal Imamku,
sepanjang tempoh perkenalan kita sebagai anjnabi,
peliharalah hubungan ini dengan suasana yang penuh dgn keterbatasan,
agar hidup dan pernikahan kita kelak sentiasa dalam rahmatNya..
InsyaAllah

nukilan ini khas aku tujukan untuk 'bakal imamku' yang masih menjadi rahsia Allah..
aku takut nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu yang belum pasti..

mirsya

2 comments: