Saturday, April 7, 2012

syukur nikmatNya


Assalamualaikum sekalian makhluk ciptaanNya..
Salam Sabtu, dan salam hujung minggu semua..
alhamdulillah baru je selesai rutin bila balik rumah (masak)..

"eh kecik nya"
"eh kurusnya"
"eh bla bla bla bla nyaa"
pernah tak kita alami situasi di atas bila bertemu kenalan baru?
jika kalian tanya pada saya, sudah tentu2nya saya akan menjawab, ye dan selalunya macam tu la..
ini di sebabkan kekurangan ketinggian fizikal yang saya miliki..
terkadang aku jadi takut untuk bertemu dan berkenalan dengan kenalan baru.
dan disebabkan ini aku jadi terlalu sensitif bila mana ada diantara kalian mengata atau mengejek tentang fizikal orang lain walau orang itu bukan aku. maaf jika ada yang terasa dgn kata2 ku..

walau apa pun,
alhamdulillah aku masih bersyukur ke hadrat Illahi, walau sikit kekurangan Dia bagi pada diri ini, tapi kelebihan lengkap anggota badan, sihat tubuh badan, akal fikiran yang waras dan terlalu banyak lagi kesempurnaan dan kelebihan yang aku punyai yang di beri Dia.
apakah itu masih tak cukup bila dibandingkan dengan sikit kekurangan yang aku miliki?
Allahu Akbar!
sungguh bersyukurnya aku pada Illahi atas kasih sayang Dia pada aku..
ayat kat atas juga selalu diungkapkan ibu kepada kami adik beradik..

semua manusia nak kan kesempurnaan kan?
so pada kalian yang mungkin mempunyai kelebihan,bersyukurlah..
jangan merendah2 kan kami yang tidak mempunyai kelebihan seperti kalian..
ingat lah saudara2 ku,merendah2kan orang lain tergolong dalam golongan orang2 yang sombong,dan org2 yang sombong tidak akan dapat bau syurga seperti dalam hadis nabi :

Rasulullah SAW pernah bersabda “Seseorang tidak akan masuk syurga sekiranya mempunyai secubit pun perasaan sombong. Maka ada hamba Allah yang bertanya: Jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasut yang cantik?Rasulullah SAW menjawab “Allah itu Maha Cantik dan Allah mencintai kecantikan. Sombong itu adalah mengejek dan menolak kebenaran dan merendahkan orang lain” (Bukhari)

tertarik sungguh aku dgn hadis kat atas ni, hadis ni aku dapat dari wabsite Wadinah dalam entrynya yang ber tajuk "Realiti Cantik yang tak Berapa Cantik''.. satu penulisan yang sangat cantik seperti tuannya.

ibu juga pernah caritakan sebuah kisah yang berlaku pada Siti Aishah dan Rasulullah, kisah ini ibu dapat dalam satu buku2 ilmiah yang selalu dia baca.
satu hari pernah seorang lelaki hitam berkunjung ke rumah Rasulullah dan ingin bertemu dengan baginda dan kebetulan pada waktu itu Rasulullah tidak berada di rumah..bila balik je Rasulullah ke rumah terus Siti Aishah kata kan pada baginda (yang lebih kurang mcm ni la ayat Siti Aishah) 'wahai Rasulullah,tadi ada seorang lelaki hitam ingin bertemu dengan kamu' dan Rasulullah menegur Siti Aishah (lebih kurang mcm ni la teguran baginda) 'wahai Siti Aishah, sesungguhnya kau telah mengumpat lelaki itu'

lihat, jika Siti Aishah isteri kesayangan baginda pun ditegur,ni apatah lagi kita umat biasa kan..

insaflah saudara2 seIslam ku, jangan membiarkan mulut2 kalian mengeluarkan kata2 yang menyinggung perasaan orang lain..
ingat, di akhirat sana, mulut kita akan ditutup rapat.
pernah aku terbaca satu artikal,antara petikan artikal itu ada menyatakan "wahai mulut, bertuturlah dengan seeloknya, ini kerana kami anggota badanmu akan menjawab di hadapan Allah bila di akhirat sana. jangan disebabkan kau (mulut), kita ke neraka jahanam".


beribu aku pinta, jangan jadikan aku orang yang fobia untuk berkenalan dgn kenalan baru.
sekian,coretanku

p/s: maaf, penulisan tidak berapa cantik, sastera bukanlah bidang yang sedang aku pelajari di UiTM..


mirsya



No comments:

Post a Comment