Monday, August 2, 2010

TIRED

hye reader! semalam dalam kul 7 aku sampai hostel.. masuk2 je bilik, tengok 3 3 roommate aku tengah makan rambutan.. dalam mind terus cakap confirm Ani yang bawa balik ni, so masuk je terus letak beg, buka tudung, then join dorang.. gila rindu betul aku kat budak2 ni r. hehe.. then Pika suruh aku on fon, sebab my mum nak call, risau.(aww, miss you ibu!). so, aku on fon celcom dengan maxis, sumpah banyak sungguh mesej. call my mum, call2 ibu cakap nak call semula. ok, letak r fon. tak sampai seminit, ibu call.. macam story kat kem aku cerita kat ibu. nak tahu ke apa jadi kat kem? memang aku cakap senior kena kat dak2 part 1 habis2an r! serius aku cakap if korang tak ada pertahanan diri, better janganlah ikut. 

ok, hari Jumaat kitorang sampai Gua Tempurung dalam kul 11 kot. then dorang bahagi2 kan group. pastuh pasang khemah, hah ni yang best, khemah yang sepatutnya 5 orang, but aku just 3 orang je.. 3 3 SUG1B. hehe. memang selesa. then buatlah macam2 aktiviti. malam tuh pula kitorang ada night walk.. memang best. lagi satu, if tak ada kem ni, memang aku tak kan rapat lah dengan classmate yang lain.. time night walk nilah aku dapat nama baru. nak tahu?? ishh diam2 sudah! haha.. masa ni juga aku nyaris nak kena langgar dengan motor, huh nasib baik ada Annas. dia yang tarik aku. thanks Annas! sayang kaw dowh! haha..

ok, habis hari Jumaat, masuk lak hari Sabtu. pagi2 dalam kul 7.30 da gerak ke Gua Tempurung.. dalam gua ni lak aku jalan dengan Akif, Tika, Annas, Bot, Iqa and Bila kot.. kat gua ni juga ada story dowh! haha. tengah2 nak turun tangga yang SUMPAH gila banyak tuh, aku tengah suluh something tau, then dush! aku terjatuh! OMG! haha.. da lah time ni aku turun tangga dengan Annas. time jatuh ni juga lah, dia yang angkat aku.. then terpaksa aku pegang dia, takut jatuh lagi dowh! memang lepas jatuh tuh kaki aku da menggeletar r.. tengah2 jalan dalam air, kasut aku lak yang buat hal. boleh pula 2 2 belah terkopak belakang dia! haish.. memang geram! time nak keluar dari gua ni, kitorang memang da tak ikut da jalan tangga, memanjang jalan air. da keluar dari gua, memang lapar gila! duit tak bawa, so aku pinjam kat Khairi and Iqa, beli pisang goreng, air, and cekodok.. makan ni pun share2 dengan classmate.. nak balik camp site, kitorang ramai2 naik lori. haha, da macam pendatang asing da. huhu..

masuk lak hari Sabtu, dalam kul 8.30 pagi da start buat explorace.. ish ni memang teruk! macam2 denda kitorang kena, bukan group aku je taw, semua group kena! hehe.. nak tahu apa denda yang kitorang2 kena?? ok ada satu check point tuh, kitorang kena cari gula2 getah dalam tepung yang telah di campur dengan kopi and nescafe. memang muka da macam apa r kan. then ada check point tuh, kitorang tak dapat jawab soalan, denda nya kena lumur kan sirap yang belum bancuh tuh, kat muka. satu check point tuh satu group kena minum air kicap masin + garam + jintan manis, sikit2 sorang demi sorang. bayangkanlah apa rasa nya! euw!! then2 satu check point ni dendanya kena lumurkan muka sekali lagi dengan sirap but bercampur dengan putih telur. pula tuh kena minum sos cili! ergh!! elok je abang tuh letak sos dalam mulut aku, terus aku keluar kan. gila kaw! hah ada check point tuh denda nya kitorang kena pilih, nak makan cili api or nak lumur kan muka dengan margerin + telur, so kami pilih makan cili api sebiji 2 orang. sumpah pedas! bila da sampai camp site kitorang kena makan lak sayur yang mentah. nak tahu sayur apa?? dorang bagi peria, terung, cili api, carrot, tomata. memang aku amek tomato je r. then try makan cili api sebiji. ergghhh memang aku tak tahan langsung! pedas sungguh! lepas tuh da rest sikit, dorang suruh kitorang cari kain, tutup mata, konon nya nak buat bunga teratai r kan, tup2 kitorang rasa macam kena baling something, buka je mata, ergggggghhh!!! geram nya!!!! dorang baling SAMPAH kat kitorang weyh!!! siot!!! memang sume turun sungai r kan.. basuh2 apa yang patut.. hari Sabtu mandi sungai, hari Ahad pun mandi sungai.. best! hehe..

then malam semalam dalam kul 10, kitorang kumpul lak kat Up Town, sebab semalam birthday Adam, class rap kitorang.. time ni tengok gambar, tengok video. sembang2, imbas balik time kat Gua Tempurung. memang best, gelak je.. then nak dekat kul 12 kitorang balik.. nasib baik kul 11 tadi kelas BEL tak ada, if tak memang aku cakap ramai dismiss kelas la kan. hehe.. ok, gambar2, tak sure akan diupload or tak..

mirsya

No comments:

Post a Comment