Wednesday, August 4, 2010

PTPTN

sebut je pasal PTPTN, sumpah aku cakap rasa macam nak bakar2 je orang PTPTN tuh r. haha. nak tahu macam mana susahnya aku nak hantar borang pt ni?? ok, jum baca elok2.. hehe

Isnin 2 Ogos 2010
kelas sepatutnya start kul 11 pagi, disebabkan miss da bagitahu awal2, so ada masa lagi nak tidur sebab kepenatan berada di tahap yang agak melampau. so next kelas kul 4.15 petang. da plan awal2 dengan Iqa && Sara nak hantar borang pt sesama.. so dalam kul 2.45 aku dengan Iqa jumpa Sara kat dm Indera Mulia, then gerak lak pergi dm Cempaka Sari. sampai2, kitorang amek tempat duduk. tak sampai 10 minit aku tunggu, terus ke depan, kononnya nak hantar borang da ni. orang pt tu da check2, then dia da nak amek da borang aku ni, tetiba dia buat last check, dia terperasan nama penjaga dengan nama penjamin yang kedua ada kelainan. kelainan macam mana tuh? ok, penjaga aku just letak nama my mum je, nama penjamin lak aku letak nama ibu and abah aku. dia tanya itu ini, so aku pun explain la kat dia kan. tup2, dia suruh aku buat surat akuan sumpah. sebab kalau nak ikutkan if campur gaji ibu and abah aku, memang aku just layak dapat pinjaman separuh je taw. so, dia bagi balik borang aku. then aku blah. after that, aku call my mum suruh dia fax kan surat akuan sumpah kat aku. da call sume2, aku pergi makan dulu dengan Iqa then terus pergi kelas math.

Selasa 3 Ogos 2010
time kelas SUG, ibu mesej suruh pergi koop amek surat akuan sumpah, sebab ayah da fax kan. lepas kelas aku dengan classmate pergi makan dulu, then baru aku gerak pergi koop dengan Iqa. sampai2 koop minta abang tuh surat aku, da bayar2, aku balik bilik, tukar kasut. then pergi dm Cempaka Sari sorang2 ni.. da tunggu2, turn aku lak. dengan orang yang sama. aku bagi surat akuan sumpah tuh kat dia, then dia cakap nak yang original punya. DAMN! dia suruh aku tanya pak guard kat mana pejabat Pesuruhanjaya. so keluar, terus call Iqa, ajak dia teman aku keluar. before call Iqa memang rasa nak nangis da ni, elok je cakap dengan Iqa, terus nangis! haha.. dalam 5 minit tunggu, Iqa sampai, terus jalan berdua. kat gate masuk tanya pak guard kat mana pejabat pesuruhanjaya. da la tengah penat, tension lak kan, pak guard tuh boleh pula nak buat lawak BODOH dia kat aku. time tuh rasa macam nak bagi je pelempang sebijik kat dia. but iman still kuat lagi ni. huhu.. da la buat lawak bodoh, then dia tanya, nak beli setem kan? kepala kaw aku nak beli setem! tuh la, lain aku tanya, lain yang kaw jawab kan. patut lah kaw kerja pak guard je kan. huh! lepas aku cakap nak buat surat akuan sumpah, tergamam kaw! sebab tak tahu kat mana pejabat pesuruhanjaya tuh. bangang sungguh! dia suruh tanya pak guard yang lagi satu. yang ini ok la. dia just suruh aku try pergi Pejabat Hartanah.. da pergi2, sampai pejabat tuh, minta orang tuh surat akuan sumpah, da siap buat, nak minta cop. da dapat cop, aku dengan Iqa terus balik U. masuk je U, aku terus ke dm Cempaka Sari. tengah2 tunggu turn aku, nampak lak Tekong, Min && Bot masuk. tunggu agak lama, aku pergi kat dorang. sembang2, bagitahu apa yang patut dorang buat. lama sikit, aku pergi jumpa balik orang pt tuh. dia tengok surat akuan sumpah aku tu, dia cakap orang yang sign surat tuh tak letak nama. SUDAH! dia cakap still tak boleh nak terima form aku. time tuh rasa nak menangis kat situ gak. bayangkanlah eyh, tengah2 penat ni, tup2 dia cakap tak nak borang aku. Allah je la yang tahu apa aku rasa time tuh. lepas tuh, terus aku pergi kat dak 3 orang tuh, memang time tuh gak la aku nangis, but tak seteruk mana la kan. aku da tak tahan, terus cakap nak balik bilik. on the way balik bilik, mesej suruh my mum call. elok je sampai Melati 2, ibu call. angkat je fon, terus aku nangis. cerita kat ibu apa yang da jadi. sumpah aku cakap, time tuh aku da la penat balik kem tak hilang lagi, tambah lak penat ke Pejabat Hartanah, pas tuh sebab benda kecil je kot, borang aku still tak boleh nak accept! gosh! geram sungguh! balik bilik, tidur sebab petang tuh ada koko.

Rabu 4 Ogos 2010
kelas hari ni sepatutnya start kul 8 pagi, ditunda kul 9 pagi lak. then ingat kan kelas habis kul 11 taw, rupanya kul 10 da habis da. memang bagus! elok habis je kelas, terus aku dengan Iqa ke Pejabat Hartanah semula. da cop, balik U. lalu lak depan FSPU. tengok hari ni ada kempen derma darah, tengah2 jalan dengar ada orang panggil nick name aku. elok pusing belakang, Bot panggil sekali dengan Shah, Tekong, Akif. dorang rupanya lagi susah. borang2 belum disign lagi and macam2 owh. memang fon aku r yang jadi mangsa kan, dorang dok call2 lecturer sebab nak sign jadi saksi. da call2, so decided nak isi perut yang telah berbunyi. lepas makan, Tekong pergi Unit Kesihatan, Iqa balik bilik then aku lak terus g setle kan PTPTN aku. tak lama mana la tunggu, turn aku. bila dia accept je borang aku, sume penat, letih aku hilang! hilang langsung! alhamdulillah! rasa macam nak buat kenduri je. hahaha *senyum sampai ke telinga*.. sampai bilik terus mesej Bot dengan Pika, cakap aku nak buat kenduri sebab pt aku da settel! haha. then mesej lak my mum bagitahu borang pt da hantar.. setelah kali ke4, akhirnya PTPTN saya selesai sudah! terima kasih banyak2!!! huhu. 

mirsya

No comments:

Post a Comment