Terkadang kita rasa kita ni dah cukup kuat, dah cukup tabah dah dengan kehidupan kita ni.
Tapi sampai satu saat,
Kita akan rasa juga yang kita bukanlah seperti apa yang kita sangkakan itu..
Sungguh, kita memang sangat sangat dan tersangat memerlukan DIA, DIA yang satu itu..
Hanya dia sumber kekuatan kita.
Hanya dia yang memahami kita..
Apatah lagi bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan. .
Mungkin kita boleh luah dan bercerita pada kawan2,
Paling2 tak pun,
Ayat yang keluar dari mulut mereka 'sabarlah'..
Ye hanya itu sahajalah yang mampu mereka bantu kita..
Jika sesuatu mengganggu kita apatah lagi yang berkaitan hati dan perasaan,
Kau berdoalah pada Illahi. .
" YA ALLAH, HANYA ENGKAU SAHAJA YANG MAMPU MEMBOLAK BALIKKAN HATI AKU INI.KAU TETAPKANLAH HATIKU INI AGAR IA HANYA MENYAYANGI, MENGINGATI, MENGASIHI DAN MENCINTAI ENGKAU DAN RASULMU YA ALLAH. YA RAHMAN YA RAHIM, KAU KUATKANLAH HATI KECILKU INI, TABAHKANLAH IA YA ALLAH.KAU TABAHKANLAH IA YA ALLAH..MOGA DENGAN KETABAHAN HATI INI, AKU MAMPU BANGKIT DAN MENJADI HAMBA KAU YANG BERTERUSAN HANYA MENCINTAI ENGKAU SAHAJA YA ALLAH. KAU MAKBULKANLAH DOAKU INI ALLAH. AAMEENALLAHUMMAAAMEEN "
Mira, biar orang buat kau Mira.
Biarkan je.
Bersabarlah.
ALLAH sentiasa ada dengan kau.
Teruskan mencintai Dia dan RasulNya sahaja.
Sesungguhnya Dia Maha Agung ♥♡♥
No comments:
Post a Comment