Sunday, May 22, 2011

TANAH RUNTUH di HULU LANGAT


KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.

Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. -BH



                                                            

sedih, pilu, hiba dan menitis air mata ni tatkala melihat gambar2 diLINK ini.. kasihan mereka, da lah tidak berayah, tidak beribu.. ya allah, aku mohon agar kau tempatkanlah anak2 yatim yang tidak berdosa ini di kalangan orang2 yang beriman. amin..

p/s : kita harus bersyukur kerana Allah masih memberi kita ruang di muka bumi ini agar dapat kita menginsafi diri dari dosa2 masa lampau kita.. ingat, dosa2 masa silam kita, akan terbalas pada hari ini atau pun masa hadapan. aku berani katakan macam ni sebab ia adalah fakta dan aku sendiri sedang lalui sekarang. aku menyesal sangat. andai boleh diputarkan ke masa lalu, aku nak ubah semua, semua yang aku da lakukan dulu. tak guna nak menangis air mata darah sekali pun, benda da berlaku takkan dapat dipatah balik melainkan kita cuba mengubah diri menjadi manusia dan makhluk Allah yang lebih berguna dimasa hadapan. InsyaALLAH.. mohon kalian mendoakan segala kesulitan yang aku lalui sekarang dipermudahkan Allah. amiin..


mirsya



No comments:

Post a Comment