Sunday, December 15, 2013

Ah Emosi

Malam ni terasa mcm tetiba nak jadi emo.
Nak menangis sesangat2 ni.
Haha..

You happiness is my happiness ♥.
Syukurlah mereka2 yang aku sayang,
Mereka2 yang pernah singgah dlm hidup aku, dalam hati aku,
Memasing dah gembira dah bahagia.
Malah aku nmpk dorang teramat sangat bahagia.

Syukur syukur syukur..
Walau bukan dgn aku,
Mereka bahagia.

Alhamdulillah..
Kau Maha Adil ya Allah. .
Kau berikan kebahagiaan pada mereka. .
Kesedihan kesakitan yang pernah aku bg kat mereka,
Kini kau balas dgn kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan .

Aku doakan,
Agar kalian bahagialah dunia dan akhirat ♥

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, November 22, 2013

Bangkitlah

Mira, Allah cakap apa bila kita rasa sedih, kecewa, was2?

Allah dah ckp kan,
Dekatkan diri dengan Dia.

Mengadulah segalanya dengan dia..
Jangan sesekali kau putus asa, putus harapan. .

Selagi mana kau bergelar hambaNya,
Selagi itulah kau kena bergantung harap hanyalah pada Yang Esa...

Bangkit Mira, Bangkittt....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, November 21, 2013

Astaghfirullah

Terkadang kita rasa kita ni dah cukup kuat, dah cukup tabah dah dengan kehidupan kita ni.
Tapi sampai satu saat,
Kita akan rasa juga yang kita bukanlah seperti apa yang kita sangkakan itu..

Sungguh, kita memang sangat sangat dan tersangat memerlukan DIA, DIA yang satu itu..
Hanya dia sumber kekuatan kita.
Hanya dia yang memahami kita..
Apatah lagi bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan. .

Mungkin kita boleh luah dan bercerita pada kawan2,
Paling2 tak pun,
Ayat yang keluar dari mulut mereka 'sabarlah'..
Ye hanya itu sahajalah yang mampu mereka bantu kita..

Jika sesuatu mengganggu kita apatah lagi  yang berkaitan hati dan perasaan,
Kau berdoalah pada Illahi. .
" YA ALLAH, HANYA ENGKAU SAHAJA YANG MAMPU MEMBOLAK BALIKKAN HATI AKU INI.KAU TETAPKANLAH HATIKU INI AGAR IA HANYA MENYAYANGI, MENGINGATI, MENGASIHI DAN MENCINTAI ENGKAU DAN RASULMU YA ALLAH. YA RAHMAN YA RAHIM, KAU KUATKANLAH HATI KECILKU INI, TABAHKANLAH IA YA ALLAH.KAU TABAHKANLAH IA YA ALLAH..MOGA DENGAN KETABAHAN HATI INI, AKU MAMPU BANGKIT DAN MENJADI HAMBA KAU YANG BERTERUSAN HANYA MENCINTAI ENGKAU SAHAJA YA ALLAH. KAU MAKBULKANLAH DOAKU INI ALLAH. AAMEENALLAHUMMAAAMEEN "

Mira, biar orang buat kau Mira.
Biarkan je.
Bersabarlah.
ALLAH sentiasa ada dengan kau.
Teruskan mencintai Dia dan RasulNya sahaja.
Sesungguhnya Dia Maha Agung ♥♡♥

Published with Blogger-droid v2.0.10