Tuesday, September 28, 2010

GERAM

dari semalam sampai lah ke sekarang aku tengah geram gila kat lect Surveying aku yang sorang ni taw tak! petang semalam da cantik da plan dengan classmate nak balik Jumaat ni afta kelas Computer Application then Sabtu tuh nak pergi reramai ke Times Square.. tup2, malam lepas balik kelas Fizik, Anas mesej aku cakap kelas Surveying hari ni cancel  then akan digantikan pada hari Sabtu ni.. erghh!!! geram terlampau sangat ni taw tak.. ee... haha.. Encik Ikhwan ni kan, memang taw.. haishh elok2 kelas Surveying 3 jam pagi tadi, nak buat lak hari Sabtu ni.. haishh.. btw, tak apa.. still ada plan lain.. just wait & see je la ok.. hehe

mirsya

Monday, September 27, 2010

MISS A LOT!

5 ASET 2009..
damn! 
guys, i miss your class so much!
2 tahun berturut2 kelas kita dapat gelaran 'Kelas Paling Bising'
haha.. 
well, aku suka gambar candid kita ni..
memang meriah teramat sangat la kan..
ada masa, aku nak kumpul lagi dengan korang..
miss u all..

notes : thanks to Jerry for this photo..

mirsya

MORNING GLORY!

hye3!!! pelik anggak kamu lihat aku menge-post entry ini di awal pagi begini??? pelik bukan? haha. pehal lak aku dok tulis macam indon ni.. da2, abaikan3.. pagi2 macam ni lah masa yang tersangat3 sesuai nak online kat kampus ni.. almaklum lah kan, dapat lak kolej yang terhujung sekali, memang susah tersangatlah kan nak online.. hanya mereka2 yang memiliki kesabaran yang tertinggi je yang sanggup bersabar! huh! ok2, entry ni actually bukan aku nak story pasal online ke apa, just aku baru lepas sahur.. nak sambung puasa nam && sekali dengan puasa ganti.. ikutkan, puasa nam aku just tinggal lagi 2 hari termasuk hari ni, insya-ALLAH.. puasa ganti lak tinggal lagi 4 hari je lagi if termasuk hari ni, insya-ALLAH.. so, sahur tadi aku makan biskut kering cicah nescafe.. walamakweyh!!! da lama ok tak makan biskut cicah nescafe.. time makan tadi kan, teringat kot masa aku umur 4 5 tahun dulu, dulu kat rumah orang, sementara tunggu ibu datang ambik aku dengan Atie, petang2 mak cik Ruby bagi sorang secawan air kopi, dengan biskut kering then cicah dengan kopi tuh.. memang sedap la kan aku cakap.. sumpah rasa rindu lak kat mak cik Ruby sekeluarga.. last year jumpa dia, this year tak tahu bila lak nak pergi Batu Tiga lagi kan.. memang terlampau banyak sangat kenangan kami sekeluarga kat Batu Tiga dulu.. bila ingat balik, sure2 semua gelak. sedih ada, kelakar pun ada taw. hehe.. well, since pindah Bukit Sentosa, Rawang ni, alhamdulillah life sangat ok.. oh yeah, malam tadi aku langsung tak boleh tidur, asal pejam je mata, otak ni ligat dok fikirkan pasal assignment group subjek Computer Application.. nak kena buat video yang ada pengajaran.. sangat jealous ok bila group Adam Harith da siap buat video.. then dia jugak da siap buat majalah, weyh Adam, aku jealous kot dengan kaw! haha.. so tadi dalam kul 3 lebih aku mesej Qaiyum cakap minggu ni aku nak balik Rawang sebab nak buat assignment video ni dengan dia, nak suruh dia ajar aku pakai segala jenis software yang kena digunakan.. 

mirsya

Saturday, September 18, 2010

SEVENTH & EIGHTH RAYA

seventh raya
tengok raya keenam penuh dengan raya kan aku ni, but raya yang ketujuh ni just duduk di rumah saja.. lagipun malam ni lorong aku ada buat open house.. macam2 ada meyh! dengan sate, bbq, bihun, && macam2 ada. haha.. but sayang, time ni aku tak amek gambar langsung.. but2 best aw, sebab Aus, Shuk && Yaya ada.. well, macam2 kot kitorang sembang kan.. dalam kul 12 baru open house ni menjadi close house. hahaha.. kenyang jangan cakap la kan, memang da tahap gaban da aku kekenyangan hari tuh.. dasyat sungguh!

eighth raya
pagi2 lagi dalam kul 10 Alice call, ajak pergi rumah Yaya.. so mesej Dayah, then Dayah pon cakap Alice call dia. janji kul 2.30 jumpa kat rumah aku.. Dayah datang memang tepat 2.30, then tunggu lak Alice.. da tunggu bape minit dia sampai, then terus gerak pergi rumah Yaya.. da makan2 kitorang snap gambar sebab kat rumah Yaya ni ada cermin besar, so seperti biasa Alice memang tak leyh nampak cermin, dia ajak kitorang snap.. haha, sumpah lawak dowh! minah ni gedik dia tak pernah berubah langsung! haha.. lepas da puas Alice snap2 gerak lak ke rumah Hanna, sebab dorang ni tak raya lagi.. da sembang2 then gerak lak rumah Acit, Alice da rindu kat Acit ngan Nacun kot.. da lama dorang tak jumpa kan.. then pergi lak rumah Opie, sebab Acit nak jumpa dia.. kat rumah Opie just dok kat luar je la kan... dalam kul 5 lebih baru lah balik rumah..


Dayah tengah drive kot, sempat posing siot! haha

mirsya

SIXTH RAYA

raya keenam ni aku konvoi dengan classmate last year.. penat kot! mana taknya, raya kelima tuh kan aku baru balik dari Tioman, then esoknya pagi2 da bangun siap2 untuk konvoi raya ramai2.. aku plan dengan Rezal, dia suruh kumpul kul 8 pagi.. ok fine aku dengan Anis gerak ambil Tqa dengan Timah dalam kul 8 lebih, then singgah lak kat rumah Nacun sebab nampak kereta Shahid kat situ, sampai2 Shahid dengan Lee ada.. dorang cakap Nacun baru bangun, then call Acit, tak berangkat! dak2 ni pun call gak mamat sorang ni, still tak angkat.. sampailah Timah call mak Acit, ok rupanya budak ni pun baru bangun.. suruh dia siap cepat2.. dalam kul 9 lebih Nacun dengan Acit da siap2.. then balik lak ke taman aku, amek Awie(jiran depan rumah).. then terus gerak ke rumah Rezal.. pun baru nak siap2.. ok fine still boleh tunggu.. so aku mesej dak2 lain, suruh kumpul dulu kat rumah Rezal.. Wan dengan 'mamat' tuh sampai, naik motor.. then Raz lak sampai naik kereta dengan adik dia.. then Shue lak sampai terus naik kereta Raz.. bila semua da ada, still awal lagi kan, sebab time tuh dalam kul 10 pagi.. tak tahu nak dok mana dulu, so call Diddy cakap nak datang raya rumah dia.. nasib baik dia cakap ok.. so dengan 4 biji kereta & 1 motor, kitorang gerak ke rumah Diddy.. after da makan2 kat rumah Diddy, Anis  ajak pergi Perak, rumah member dia.. dari 4 kereta, just 4 orang je yang pergi Perak, naik 1 kereta je la kan.. weyh! sumpah boring gila time dalam kereta tuh aw! so da boring2, aku gelak2, main game, then da tak tahu nak buat apa sangat, aku snap2.. dalam kul 1 baru sampai rumah member Anis.. hah time kat rumah member Anis ni, tengah makan ni  tetiba 'mamat' tuh tunjuklah picca kot kat Anis & member dia.. dorang cakap "aahlah sama2".. ok aku tak amek port! bila 'mamat' tuh keluar, aku tanya kot apa yang sama.. then dorang cakap muka gf dia sama dengan aku.. WTF!!! ok, tak kisah lah tuh kan, mybe sama la kot.. dalam kul 3 baru gerak dari Perak.. 'mamat' tuh lak yang drive. perh! memang tak boleh blah la kan, aku rasa ibu2 yang tengah pregnant boleh terberanak dalam kereta kot.. haishh. dasyat2.. then kami sampai Sentosa dalam kul 5 lebih kot.. jumpa dak2 konvoi tadi kat rumah Opie.. da lepak jup kat rumah Opie, aku, Panjang, Anis & Tiqah gerak lak ke rumah Biha sebab da janji dengan dia pagi2 lagi, da makan mee rebus kat rumah Biha, borak2 then terus menuju ke rumah cikgu kesayangan aku, Cikgu Pah.. memang da tak boleh da nak sumbat pape kat rumah cikgu, aku just minum air je la kan.. then sembang2 lah dengan Rezal, Timah && Raz.. dalam kul 7 ingat nak pergi rumah Hanna, but budak2 lain memang da penat plus kenyang tahap gaban la kan, so decided pergi rumah Hanna malam.. dalam kul 9 malam kitorang kumpul lak kat rumah Hanna.. tak ramai kot yang ada.. lepas raya rumah Hanna, rumah Tqa.. dalam kul 11 lebih baru balik.. amek kaw! nak sangat habiskan raya kan, tak pernah2 raya rumah orang nak dekat kul 12 baru balik.. haha.. TERBAIIK!!

time ni tengah tunggu kat depan rumah Rezal la ni..
gambar bawah : Shahid & Acit..

Acit, kaw jangan bawak handbeg girl lagi, sebab kaw nampak macam BAPOK dowh!
haishh budak2.. haha.
gambar bawah : Acit & Timah


Rezal & Wan..

ok, now gambar2 dalam kereta ontheway ke Perak


gambar2 yang tiada motif! harap maklum. keboringan telah melampaui batas! 

ok, ni gambar2 yang aku snap dari dalam kereta. haha.. tak ada kerja kan..

just nak bagitahu, da lama tak duduk atas buaian macam ni.
___________________________________________________________________________
now, gambar di rumah Hanna kesayangan ok..

lolipop yang aku dengan Acit rebut2 kan.. haha, sumpah kelakar weyh! macam budak2..


mirsya



THIRD, FOURTH & FIFTH RAYA

third raya
masuk je raya ke tiga ni, pagi2 lagi kitorang sekeluarga bertolak ke Jeti Mersing untuk ke Pulau Tioman.. sepanjang jalan kerja aku hanyalah tidur, tidur dan tidur! haha.. tah tak tahu la apa yang penat sangat kan. kul 10.30 kami naik feri then tepat kul 12 tengah hari sampai di Kampung Paya.. weyh, sampai2 je tengok air laut, erghh sumpah jernih gila! betul, tak tipu! haha (jakun seketika).. sampai je orang kampung tuh bawa kami ke Tioman Paya Resort.. then petang2 tuh, aku, adik beradik & ibu sewa peralatan snorkelling.. da sewa, terus ke laut.. saja nak testing2 kan.. tak perlu pergi tengah laut, persisiran pantai je, korang da boleh nampak kot ikan.. cantik2 lak tuh.. memang time ni tapak tangan kanan aku luka la kan, disebabkan kan terlalu bergantung pada tangan, itulah akibatnya! padan muka! haha.. agak2 ombak da mengganas, kami naik ke darat then balik ke bilik.. serius! memang penat.. malam tuh jangan tanya la kan kul bape aku tidur.. memang awal, sebab keesokan harinya pula kitorang buat snorkeling yang real punya! huhu

 tengoklah air laut ni, jernih sungguh!


fourth raya
pagi2 lagi da bangun da, kul 9.30 da ada kat jeti tunggu speed bot.. tempat pertama kitorang buat snorkeling kat Marine Park.. walaweyh!!! ikan warna warni gua cakap sama lu!! sumpah cantik! korang yang pernah pergi, sure2 tahu la kan.. then lunch lak kat Kampung Tekek(memang aku tak ingat nama kampung ni, pelik semacam! haha).. da makan2, jalan2, beli barang sikit, balik ke bot.. kali ni kitorang buat snorkeling kat Pulau Renggis.. mula2 snorkeling aku ok taw.. lepas da penat snorkeling, naik jup ata bot, rehat2.. then terjun semula ke laut, ok kali ni memang aku tak nak story! sebab aku cukup2 trauma! nasib baik ada abang tuh tarik life jaket aku, if tak memang ta mana2 la kan aku kena bawak arus.. sumpah takut! tak nak ingat da.. after aku diselamatkan, kitorang balik ke resort.. balik2 tuh, terus pulang kan peralatan snorkeling, mandi, makan, tengok tv, then tidur.. petang2 dalam kul 6 kot, turun ke pantai.. memang air surut gila.. boleh jalan sampai ke tengah laut la kan..

 Encik Yus, pemandu speed bot kami..
terima kasih yeah Encik Yus..
disebabkan awak parking bot terlalu jauhlah,
saya nyaris tak dapat lihat dunia ini lagi..
haha

4 beradik ketika di Marine Park

adik dan kakak yang kelihatan seperti kanak2 ribena.. haha,,
comel saja kami yeah!

cantikkan matahari petang..
pandai betul aku snap ni..

batu karang time air surut..

gambar atas : itulah rupa gamat bagi sesiapa tak tahu.. ubat gamat yang selalu korang pakai tuh, hah ni la puncanya..
gambar bawah : tak tahu ni binatang jenis apa tah.. nak kata gamat, nampak macam lain kan..

tengok lah, ni la keadaan pantai time air surut..
memang boleh jalan sampai tengah laut kot..

perhatikan gambar ni bebetul,
ada seorang pak haji di atas jeti itu..
hah itulah ayah saya..
hehe

pelik tak gambar ni??
hah yang hitam besar korang nampak ni, itu sebenarnya adalah ikan..
sumpah tak tipu!

fifth raya
raya kelima merupakan hari last kitorang kat Pulau Tioman.. pagi2 bangun, kemas2 then kul 9 pagi check out.. naik feri dalam kul 10.30, sampai kat jeti Mersing kul 12 tepat.. then cari tempat makan.. ontheway balik, lalu kat Batu Pahat, singgah lak beraya kat rumah mak tam.. da makan2, sembang2, balik lah kami.. kul 11.30 baru sampai rumah tercinta!..

note : jangan terkejut bila tengok aku yang semakin gelap.. dan jangan pula ditanya mengapa, ok! 


mirsya

SECOND RAYA

raya yang kedua ni best sikit dari raya pertama.. sebab raya kedua ni kul 12 tengah hari kitorang gerak balik ke JB! sampai je kat JB, terus kitorang singgah rumah mak andak kat Kulaijaya.. sampai2, perh! gila ramai kot adik beradik pak andak! da, makan2 sembang2 kejap, terus ke kubur.. ziarah kubur arwah nenek & arwah ucu.. lepas ke kubur, pergi lak ke Bandar Baru Uda, rumah pak long.. after ke rumah pak long, terus ke rumah pak de.. kat rumah pak de ni agak lama kot kitorang singgah.. sempat makan, solat, tengok gambar pak de sekeluarga pergi umrah baru2 ni.. well, kak Zizi anak ke 3 pak de pun baru dapat baby jugak.. bulan Julai.. ergh, pon comel ok! dengan baby ni aku & Atie dok main2, dukung.. geram sieyh! sempat kot posing dengan baby tuh.. then da malam sikit kitorang ke rumah mak lang lak.. kat rumah mak lang ni, aku makan laksa Johor.. yummy3! fav i ok! hehe.. after rumah mak lang, terus ke Majidi, pergi rumah mak teh lak.. da sembang2, then dorang bawak kitorang kat rumah yang mak teh beli.. untuk kitorang tidur semalam.. well, dalam kul 12 or 2 pagi kot baru tidur..

 Afzan yang comel!!!

you see you see!!!
punya lah sayang dia kat aku,
jari aku pon dia tak nak lepas kan aw!
jangan ada yang jealous yeah..
haha


mirsya

FIRST RAYA

jam telah menunujukkan pukul 12.15 pagi(time aku menaip ni la kan).. so thats mean, da masuk raya yang ke sembilan.. ok,baru nak entry pasal raya la kan.. haha.. mana tak nya, asal buka fb or blog orang lain, mesti dorang story mory pasal raya dorang.. sangat jealous sudah! huhu.. actually raya kali ni rasa macam tak best sangat kot.. tah, tak tahu la nape.. tak ada rasa macam excited. first raya tahun ni aku sekeluarga beraya kat Bukit Sentosa, Rawang ni je (first time raya tak balik kampung).. pagi2 raya after solat raya, kitorang snap gambar 1 family.. ok, gambar family diharamkan bagi saya untuk di mentionkan kepada public, harap maaf ^_^.. after da snap2 ing and makan, kitorang gerak ke Bangi, pergi rumah Abang Zahir sebab mak ngah ada kat situ.. rupanya Abang Zahir baru 2minggu dapat baby yang ke dua.. anak sulung laki, yang kedua ni pun laki juga.. well, ingatkan dapatlah main2 or dukung baby tuh kan, but baby tuh tidur je.. weyh, sumpah comel!!! lepas beraya kat rumah Abang Zahir, kitorang balik ke rumah.. see2, boring raya aku kali ni..

 you see this! baby ni pun pakai baju melayu taw!
hah, jangan main2! haha


mirsya

Friday, September 10, 2010

RAYA

sekejap je kan sebulan kita puasa..
tup2, da nak raya..
well, sebelum terlambat, aku nak wish kat korang2,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua..
segala kesalahan, kesilapan, keterlanjuran kata, & perbuatan amat2 lah di pohon 1001 kemaafan ye..

dan segala kesalahan korang kat aku, da lama di maafkan,
just admit dengan tak je..
duit raya jangan lupa untuk aku taw!
 haha..

mirsya

Thursday, September 9, 2010

Are You Moist Enough?

korang nampak tak benda baru di blog kuh ini??
if nampak, itulah dia nuffnang yang da lama aku nak buat.. 
boleh buat duit sudah!
aku gila kan duit..

well, langkah pertama, aku ingin bercerita tentang 'Are You Moist Enough?'
nak memenangi hadiah wang tunai bernilai rm3000 tak?
before tuh, adakah korang ni penulis karangan yang terbaik??
even korang bukanlah penulis yang terbaik,
korang tetap boleh menang if rezeki berpihak kepada korang..
so mari ramai2 menyertai pertandingan
MENCIPTA KARANGAN TENTANG KELEMBAPAN KULIT ANDA..
& jika korang bernasib baik, maybe korang akan dapat INVITATION KE POOL PARTY VASELINEEEEEEEEEEEE!
tulis satu entry yang bertajuk 'ARE YOU MOIST ENOUGH?'
hanya 75 blogger sahaja yang bakal terpilih mendapat jemputan ke pool party..
karangan kat entri korang nanti akan diadili oleh Nuffnang & Vaseline of course..

ganjaran yang bakal diterima
1st Prize - RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize - RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize - RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes - RM200 cash + Vaseline products
(lumayan bukan?)
well, kat pool party nanti korang akan dihiburkan dengan persembahan Yuna & blogger yang mempunyai kulit tercantik akan memenangi handbag Coach yang bernilai rm2000..
jangan lupa sertakan juga gambar dan watermark Vaseline untuk entry korang nanti ye, boleh didapati di sini..
tarikh tutup penyertaan pada 1 Oktober 2010 tepat jam 12 tengah hari..

disinilah nanti pool party akan diadakan..


mirsya

Wednesday, September 8, 2010

PHOTOSHOOT

entry kali ni nak story sal photoshoot SUG1B.. time ni kelas pagi cancel, ingatkan dapat lah tidur lama sikit kan, tup2 kul 9.30 pagi wajib terpacak kat foyer FSPU.. actually photoshoot ni da lama da, but baru sekarang dapat meng-upload picca di sini.. tak banyak gambar yang aku snap, sebab fon aku tertinggal time ni.. sayang kan.. picca2 semua kat bawah ni ada yang ambil dari fon Alin && Irna.. thanks girls!

of course yang ada gambar aku harus didahulu kan!
gambar first & second with Iqa..
last picca with Nad && Syah

Faridh, Irna & Adam Harith
hah lupa! before kami memakai costum badut tuh, formal juga didahulu kan..

Adam Haziq && Anas
Adam, Anas & Irna
Irna, Anas, & Ikin
sabahagian classmate yang tersayang..

notes : totally sumpah best time ni!

mirsya

BERBUKA WITH ASET!!

well guys, hari Ahad baru ni, aku dengan beberapa ex-classmate 4/5 Aset 08/09 telah berbuka bersama2 di rumah cikgu kesayangan kami, iaitu Cikgu Razak.. actually ni semua plan Timah, tup2 dia yang tak ada time tuh kerana keretapi yang di naiki beliau telah stuck di mana tah! sangat kasihan pada beliau yeah. hehe.. gambar tak banyak yang di amek, sebab tah macam tak ada mood nak bergambar.. 

harap kalian tidak merenung gambar ini lama2, kerana boleh mengugat iman di bulan Ramadhan ini..

Fik, Raz & Shuk

Raz, Aus, Ikin & Shuk
Shuk, Sara, Ikin & Aus
the ending!
miss u guys!

notes : pic credit by Sara


mirsya

GEOMASS CAMP

guys!!! hyehyehye!!! hehe.. bila da mood ingin memblog telah timbul dalam diri ini, apa saja yang dirasa nak post sure akan dipost kan disini.. hehe.. ok2, abaikan kan mukadimah di atas yeah. actually nak post gambar2 time pergi kem kat Gua Tempurung under GEOMASS.. so malas nak type panjang2, korang tengok lah semua gambar2 kat bawah ni ye.
gambar2 di ambil dari Athirah & Irna.. 
thanks girls~~

ni before bertolak, di foyer FSPU


time ni lepas siap pasang khemah masing2..
then panggil semua girl SUG1B..
gambar number 2 : kegirangan berlaku di situ, harap maklum..

before masuk Gua Tempurung (yang menyebabkan kasut aku kopak!)
jangan terkejut, mereka2 ini bukan PATI ye..
beginilah cara selepas keluar Gua Tempurung untuk kembali ke jalan yang benar, eyh tak! untuk balik ke camp site. haha

sebelum balik juga harus ada kenangan..

notes : rindukan time camp ni, disebabkan camp ni lah, semua SUG menjadi rapat, nak2 lagi SUG1A && SUG1B.. seperti adik beradik sudah! sayang korang ok!

mirsya